PENGAJIAN MALAYSIA BAB 2 (2019): PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PENGAJIAN MALAYSIA (DUB 1012) 2019

TAJUK E-FOLIO:

BAB 2: PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PROGRAM/KELAS:

DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (DKM1B)




I. Objektif kajian


a) Tujuan kajian ini dijalankan ialah:

·         Mentakrifkan sejarah Penggubalan Perlembagaan

·         Menjelaskan pengertian dan tanggungjawab Suruhanjaya Reid

·         Menjelaskan Konsep Keluruhan Perlembagaan

·         Memberi kefahaman mengenai Peruntukan Utama Dalam Perlembagaan




II. Topik Ringkas Kajian

Perlembagaan Malaysia merupakan Perlembagaan Persekutuan dan ianya merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan pada tahun 1957. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ianya bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Febuari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu Ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.


1. Sejarah Penggubalan Perlembagaan
Pada tahun 1954, rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman di London telah gagal kerana British menganggap Tanah Melayu belum bersedia untuk diberi kemerdekaan penuh. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengadakan rundingan di London buat kali kedua bagi membuat rundingan berkenaan tarikh kemerdekaan untuk Negara serta membincangkan tentang penggubalan Perembagaan Persekutuan. Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956 dan dikenali sebagai London Constitutional conference 1956. Hasil daripada konferensi in, Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu serta menubuhkan suruhanjaya bebas untuk membentuk Perembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


2. Suruhanjaya Reid
Suruhanjaya Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reld. Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956. Pertemuan sebanyak 118 kali telah diadakan antara Jun hingga Oktober 1956, iaitu selepas rombongan Parti Perikatan pulang darl Perundlngan London, dan telah menerima 131 memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi. Semua surat memorandum daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan terdapat juga yang ditolak termasuk daripada Parti Perikatan sendlrl. Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Februari 1957 yang telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja diwakili oleh empat orang pemerintah Melayu, empat orang lagi daripada parti yang memenangi pilihanraya pertama iaitu Parti Perikatan. Suruhanjaya Tinggi British, Setiausaha Agung dan Peguam Negara. Perbincangan mengenai laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan dan apabila pindaan telah diterima rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Raja-Raja untuk disahkan. Kemudian rang perlembagaan itu dibincangkan semula dengan kerajaan British. Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957. Draf perlembagaan dibentang untuk diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan. Rang Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya pada 15 Ogos 1957 dan Perlembagaan tersebut berkuatkuasa pada 27 Ogos (secara rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas kemerdekaan). Perlembagaan tersebut kemudiannya telah dipinda dengan beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi Perlembagaan Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak lalu membentuk Malaysia.


2.1 Tanggungjawab Suruhanjaya Reid:
·         Memeriksa perlembagaaan di Tanah melayu.
·         Mengambil kira kedudukan Raja Melayu
·         Syor supaya perlembagaan persekutuan berasaskan demokrasi berparlimen
·         Mempunyai dua dewan perundangan dengan peruntukan;
o    Kerajaan pusat yang kuat
o    Memelihara kedudukan dan martabat Raja Berperlembagaan
o    Memilih seorang ketua negara (YDPA) dalam kalangan Raja-raja Melayu
o    Kewarganegaraan yang sama untuk seluruh Persekutuan
o    Menjaga kedudukan istimewa masyarakat Melayu serta hak-hak sah kaum lain



3. Jawatankuasa Kerja
Pada Febuari 1957, draf pertama syor perlembagaan dan laporan yang diumumkan oleh Suruhanjaya Reid telah mendapat maklum balas meluas daripada pelbagai pihak. Penyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid mengetepilkan syor dan tuntutan daripada orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang berkaitan dengan kerakyatan, Bahasa, agama, dan hak istimewa orang Melayu. Suruhanjaya ini mengandungi kelebihan untuk kaum bukan Melayu. Antara isu yang mendapat perhatian ialah pemberian kerakyatan kepada rakyat Komanwel dan kerakyatan jus soli. Hal ini akan melemahkan lagi kedudukan orang Melayu



Rajah 1: Ahli Jawatankuasa Kerja Serta Peranan




Kertas Putih atau Constitutional Proposals for The Federation of Malaya telah diterbitkan  dan kandungannya ialah beberapa pindaan laporan Suruhanjaya Reid serta rangka perlembagaan yang dipersetujui oleh semua rundangan. Pada Jun 1957, Rang Undang-undang Perlembagaan telah diperkenankan oleh Majiis Raja-Raja. Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan ini turut dibahas pada 12 Julai 1957 di House of Commons, England dan diluluskan tanpa sebarang pindaan. House of Lord meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan tanpa pindaan setelah dibahaskan pada 29 Julai 1957. - Perlembagaan Persekutuan ini berkuatkuasa secara rasmi pada 31 Ogos 1957 bersempena dengan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan ini dipinda apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu semasa pembentukan Malaysia.




4. Konsep Keluruhan Perlembagaan

Keluruhan Perembagaan merupakan prinsip Rukun Negara ketiga yang bermaksud ketinggian perlembagaan atau ketinggian undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukan sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Yang di-Pertuan Agong (YDPA) serta system pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan perundangan, kehakiman, dan juga eksekutif. Melalui konsep ini, tiada institusi yang dapat mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan sekali gus menjadikannya sebagai pelindung rakyat.






4.1 Tujuan Perlembagaan:

·         Mewujudkan pemerintahan yang adil.

·         Mengelakkan penyalagunaan kuasa serta mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
·         Menjaga keamanan dan kestabilan negara.
·         Alat rujukan bagi menyelesaikan masalah
·         Mengekalkan identity negara dan menjamin keutuhan dan kedaulatan Negara.


4.2 Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia adalah seperti yang berikut:
·         Kestabilan dalam pemerintahan – Pemerintah melaksanakan tatacara Iazim yang menjadi kebiasaan umum supaya rakyat dapat mengambii bahagian dalam pembangunan negara.
·     Tanggungjawab ke atas rakyat – Permintaan rakyat merupakan panduan bagi kerajaan untuk bertindak. Ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan disampaikan melalui saluran yang betul.
·         Perwakilan rakyat dipilih melalui pilihan raya.
·         Pembahagian kuasa – Kerajaan bertindak sebagai pembuat dan pelaksana dasar.
·         Kerajaan bersitat terbuka – Perbincangan di Parlimen seperti belanjawan negara dan pembuat dasar-dasar baham diumumkan menerusi media supaya rakyat maklum.


4.3 Pindaan Perlembagaan
Semenjak tahun 1957 sehingga akhir tahun 1982, Perlembagaan Malaysia telah dipindah lebih 22 kali. Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan oleh Parlimen seperti:
·         Perkara 159 (1) & (4) – Sokongan majority mudah ahli Parlimen yang hadir.
·         Perkara 159 (3) – Sokongan majoriti 2/3 ahli Parlimen.
·         Perkara 159 (5) -  Sokongan majority 2/3 ahli Parlimen Malaysia dan perkenaan daripada Majlis Raja – Raja
·         Perkara 161 E – Sokongan majority 2/3 ahli Parlimen serta persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak


Walaupun Perlembagaan boleh dipindah untuk kepentingan rakyat, tetapi terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:
·         Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama persekutuan.
·         Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
·         Kedudukan Bahasa Melauy sebagai Bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
·         Soal berkaitan kerakyatan.


Rajah 2: Proses Pindaan Perlembagaan



5. Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia

Rajah 3: Peruntukan Utama Dalam Perlembagaan Malaysia


5.1 Kedudukan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu merupakan lingua franca bahasa perantaraan negara ini sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Bahasa Melayu juga digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat menyurat perundangan dan sebagainya sebelum Perang Dunia Kedua. Perkara 152 menegaskan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi negara dan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Peruntukan Perkara 150 (6A) dengan jelas menyatakan bahawa walaupun dalam keadaan darurat, hal-hal yang berhubung dengan bahasa Melayu adalah dilindungi oleh Perlembagaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 ialah bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa rasmi tunggal dan dipilih sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi medium penyatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta lambang jati diri dan identiti nasional.


5.2. Kedudukan Agama Islam
Merujuk kepada Bahagian I, Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan memaktubkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh dianuti secara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan. Bagi Perkara 3 (2) pula ialah Yang di-Pertuan Agong akan bertindak sebagai Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur) bagi mewakili Raja-raja Melayu. Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada undang-undang negeri dan undang-undang Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain kepada orang yang menganuti agama Islam.Tugas Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam ialah menasihati Majlis Raja-raja, Kerajaan Negeri, dan Majlis Agama Negeri berkaitan hokum syarak pendidikan Islam. Majlis Agama Islam ditubuhkan di setiap negeri berdasarkan undang-undang negeri berperanan sebagai penasihat Raja mengenai hal ehwal Islam. Perkara 11 (4) merujuk kepada memberi kuasa kepada undang-undang negeri dan undang-undang Persekutuan untuk mengawal perkembangan kepercayaan agama lain kepada orang yang menganuti agama Islam.


5.3 Hak Istimewa Orang Melayu
Perkara 153 (1) merujuk kepada YDPA untuk menjaga dan menjamin kedudukan orang Melayu dan melindungi hak kaum lain. Hak istimewa orang Melayu merujuk kepada tiga perkara utama iaitu:

·         Perkhidmatan awam

·         Pendidikan

·         Ekonomi

Rajah 4: Hak Istimewa Orang Melayu


5.4 Hak Kewarganegaraan
5.4.1. Perkara 14 hingga 22 merujuk kepada hak dan cara-cara mendapatkan kewarganegaraan Malaysia melalui:
·         Kuatkuasa undang-undang
·         Pendaftaran
·         Permohonan kemasukan naturalisasi
·         Percantuman wilayah
      5.4.2 Perkara 23 hingga 28 merujuk kepada kehilangan hak kewarganegaraan.



Rajah 5: Kewarganegaraan secara Kuatkuasa Undang-Undang



Rajah 6: Kewarganegaraan Secara Pendaftaran



 


5.4.3. Sebab kehilangan hak warganegara:
·         Individu itu menolak kewarganegaraannya.
·         Terlucut/dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia disebabkam;
·         Tidak berminat mengekalkan kewarganegaraan
·         Tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan/percakapan
·         Telah bermastautin di negara asing



Rajah 8: Hak Asasi Dalam Perlembagaan Persekutuan



Semua rakyat berhak mendapatkan perlindungan dan kesamarataan di sisi undang_undang seperti:
·         Jika individu ditangkap, dia hendaklah diberitahu sebab dia ditangkap dan dibenarkan untuk membela diri
·         Jika individu didakwa, dia perlu mendapatkan perbicaraan yang adil
·         Tertuduh tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama kali kedua sekiranya telah dibebaskan oleh mahkamah
Isu sensitif berkaitan agama, bahasa kebangsaan, hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu dilarang untuk dibincangkan secara terbuka. Tujuannya adalah demi menjaga perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.


5.5. Hak Asasi
Hak asasi ialah perkara asas yang periu dinikmati oleh rakyat. Perlembagaan Malaysia memberikan setiap individu itu hak yang bersesuaian dengan fitrahnya sebagai pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan yang diberikan oleh setiap individu. Istilah “Kebebasan Asasi” yang diguna pakai dalam Perlembagaan diberikan kepada rakyat.


6. Kesimpulan
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Malaysia yang digubal menjadi garis panduan dalam system pemerintahan, system politik dan pentadbiran negara disamping memberikan jaminan kepada rakyat. Kewujudan perlembagaan Malaysia sebagai asas undang-undang mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan negara. Walaupun ianya sebuah perlembagaan yang panjang dan terperinci, setakat ini ianya telah berjaya melicinkan pentadbiran negara. Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Ini kerana pembentukan perlembagaan adalah atas dasar persetujuan semua kaum. Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan system Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Peruntukan-peruntukan utama perlembagaan merupakan satu asas yang menjadi penyokong kepada system pemerintahan di Malaysia. Oleh itu, ketinggian Perlembagaan seharusnya dijunjungi bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara Malaysia


7. Rujukan


a)   Peruntukan Utama Dalam Perlembagaan Malaysia. Diperolehi daripada http://gr4dka1b.blogspot.com/2016/08/nama-ahli-kumpulan-nur-aliah-hanim.html?m=1.



b)   Suruhanjaya Reid. Diperolehi daripada http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid



c)    Jawatankuasa Kerja. Diperolehi daripada http://pmdka1a.blogspot.com/2016/08/jawatankuasa-kerja.html?m=1






e)   Tujuan dan ciri-ciri perlembagaan Malaysia. Diperolehi daripada https://kertasbirumuda.blogspot.com/2016/08/22-konsep-keluhuran-perlembagaan.html?m=1








h)   Rajah 3: Peruntukan Utama Dalam Perlembagaan Malaysia. Diperolehi daripada http://1.bp.blogspot.com/-090vCA-OFVU/VeUWwQMVnZI/AAAAAAAAADM/oJ9X6J7IKqk/s1600/%252524RHDAI5A%2525282%25252925.jpg












l)     Rajah 7: Kewarganegaraan Secara Naturalisasi Dan Percantuman Wilayah. Diperolehi daripada https://image.slidesharecdn.com/peruntukanutamadalamperlembagaan-160511015646/95/peruntukan-utama-dalam-perlembagaan-14-638.jpg?cb=1462931843



m)  Normurni Mohamad, Razana Fatin Abdullah@Razali, Mohamad Faizal Ahmat. (2016). Pengajian Malaysia Siri Politeknik. Shah Alam Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar


8. Lampiran

Rajah 8: Rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman di London dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956 dan dikenali sebagai London Constitutional conference 1956.


Rajah 9: Ahli-ahli Suruhanjaya Reid di Majlis Makan yang diadakan oleh Dato’ Tan Cheng Lok di No. 111, Heeren Street, Melaka pada 17 Ogos 1956



Rajah 10: Keratan akhbar tentang Perkara 11 Perlembagaan Malaysia tidak halang pelaksanaan Syariat Islam



Rajah 11: Lima prinsip Rukun Negara







it

Comments